Gambar pengantin: Soalan: --- rosli hassan <rosli_f100@hotmail.com> wrote: > assalammualaikum, saya rosli bin hassan mempunyai 2 soalan untuk di ajukan kepada en. Raai. 1. saya seperti encik kamal ahmad membuat part time dengan mengambil gambar pengantin dan masih muda dalam bidang ini. sekitar 3 tahun. masalah saya ialah bila berhadapan dengan pengantin, saya menjadi kaku untuk possingkan pengantin. Selalunya mak andam akan possingkan pengantin dan saya hanya mengambil gambar dengan pelbagai sudu. saya sering melihat kawan kawan saya mengambil gambar pengantin dan dia (kawan-kawan) mempossingkan pengantin. Kekadang saya malu dengan diri sendiri kerana sudah lebih 3 tahun masih tak ampu untuk mempossingkan pengantin. boleh tak en. Raai memberika tip terbaik bagaimana utk mengatasi masalah saya. 2. saya juga masih lagi menghadapi masalah bayang di belakang pengantin. saya selalunya menghadapi masalah bila mengambil gambar di rumah Felda (rumah papan yg tidak bersyiling). gambar yang selalunya saya ambil gelap dan berbayang sungguh tebal. saya tidak dapat menyertakan gambar tersebut kerana ketiadaan Scanner.gambar lebih kurang gambar en.kamal ahmad. saya menggunakan kamera jenis nikon F100, lens nikkor 28-105mm dan flash SB80dx. saya selalunya menggunakan mood TTL pada Flash dan program pada kamera. sudi kiranya en.Raai memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya. Jawapan: Assalamualaikum Soalan pertama: Malu boleh dielak dengan menjadikan pengantin sebagai rakan kita, saudara mara kita. Jadi seorang jurufoto yang peramah. Sebab itu anda boleh lihat semua jurufoto orangnya peramah. Biar orang VIP semua kita kena ramah! Buang masalah rendah diri, pendiam, malu. Atau satu cara peringkat awal bawa kawan dan yang pasti dia mesti dapat imbuhan!!! Jangan kosong saja nanti dia tak mau ikut lagi. Paling tidak RM 50..00?. Kalau ada adik, anak, anak saudara maka jadikan dia kawan jadi semasa di rumah org kawin kita ada teman berbual. Itu sekadar cadangan yang penting anda mesti latihkan diri menjadi peramah. Kalau tidak, payah. Anggapkan anda kerumah orang kawin tu di kampung/taman sendiri. Jadikan pengantin sebagi sahabat yang mungkin sudah lama dikenali? Soalan kedua: Ini mungkin salah satu soalan yang kerap ditanya. Jawapan sudah ada dalam kolom soaljawab. Cuma saya ingin menambah jika semua masalah itu tidak boleh diatasi, sila keluarkan sedikit modal dengan membelikan lampun studio. Kerana lampu studio kaedah terbaik untuk masalah bayang ketika merakam gambar. Harganya boleh diperolehi dalam lingkungan 1,000 hingga 2,000? Terima kasih kita jumpa lagi.
|